Sunday 19 August 2018

Kenapa Hati Tidak Tenang Dan Gelisah

Serabutnya...

banyak masalah, masalah duit, masalah anak-anak masalah keluarga dan orang sekililing...
Pernah tak anda rasa begini..rasa serba tidak kena, seolah olah ada sesuatu di dalam dada yang tidak boleh dilepaskan..terasa seperti sesuatu bersarang di dalam dada dan menunggu masa untuk meletop.

Terasa hidup begitu susah kerana di himpit pelbagai masalah di dunia.. Ya Allah hanya kepadamu tempat aku mengadu, permudahkan lah segala urusanku Ya Allah............ Itulah silapnya kita sebagai hamba Allah, bila kita senang kita lupakan dia, bila kita susah kita mengeluh resah.

 Realiti dalam hidup, di waktu kita susah dan hati tidak tenang, amat susah untuk mendapatkan orang yang boleh menolong kita..Kadang-kadang ada yang ikhlas nak membantu tetapi tidak berdaya kerana mereka sendiri pun mempunyai masalah sendiri... 

 Pertamanya marilah kita muhasabah diri kita kenapa hidup kita tidak tenang, masalah bertimpa-timpa...cuba kita gali sedalam dalamnya hubungan kita dengan Pencipta Yang Maha Kuasa... 

 1) HATI TIDAK TENANG KERANA SELALU MELAMBATKAN-LAMBATKAN SOLAT 

 "Azan subuh tergiang-ngiang di telinga, tetapi di manakah kita waktu itu? semakin sedap menarik kain selimut. Maklumlah waktu subuh kan sejuk, selesanya sambung tidur ni..Itulah yang terdetik di hati kita kan." 

 Pukul berapa kita bangun tidur? Solat Subuh kah kita pada hari ini? Inilah punca utama kenapa kita tidak tenang. 

Kita tidak mendahulukan apa yang penting dalam hidup kita.kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa. 

Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai amalan buruk yang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t. Itulah hukuman kepada kita kerana memandang remeh kepada dosa yang kita lakukan, maka hati kita menjadi gelisah, tidak tenang,segala yang kita buat tidak menjadi. 

Mulai sekarang, marilah kita solat diawal waktu, bukan hanya solat subuh, teatapi soalt 5 waktu yang lain. Jangan solat terburu-buru, solat dengan kyusuk dan sempurna. Dan yang penting DOA. 

 2) Bila kali terakhir buka Quran? 

 Kita ingat balik, bila kali terakhir kita buka Quran? bila kali terakhir kita baca Quran? Tahun lepas ke, minggu lepas ke atau 3 hari lepas? 

Kalau 3 hari lepas Alhamdullilah, tetapi Murabbi Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan supaya jangan tinggalkan membaca Al-Quran melebihi 3 hari walaupun kita sangat sibuk. 
Orang yang selalu mengingati Allah biasanya tidak pernah terlepas masa untuk membaca Al-Quran. Walau sesibuk mana pun dia, dia tetap mengambil masa untuk membaca Kalam Allah ini. 
Dengan membaca Al Quran hati yang gundah akan menjadi tenang..InshaAllah. Al-Quran bukan untuk sekadar dibaca dan didengarkan. Tapi juga untuk diamalkan. Kebanyakan dari kita, Al-Quran hanya sekadar didengar oleh telinga, padahal yang sebenarnya harus dihayati maknanya sehingga sampai ke hati. Kerana antara manfaat yamg besar dari membaca Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia akan menjadi penawar untuk mengubati. 
 Insyallah sama-sama kita tanamkan niat untuk minat membaca Al-Quran hari-hari..semuka sehari pun jadi lah..yang penting Istiqomah berterusan “Biar sedikit tapi berterusan dan jangan banyak hanya separuh jalan” 

 Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka).

 Lalu lelaki itu berkata: “Wahai Ibnu Mas’ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena.”

 Mendengar itu Ibnu Mas’ud terus berkata:

 “Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas.” 

 Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. 

Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: “Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu.”

 3) Tidak mengambil berat halal dan haram.  

Jauhi perkara-perkara yang haram..Walau sedikitpun benda yang haram mendampingi kita, tidak kiralah makanan, minuman atau perbuatan sekali pun, ini akan menjejaskan hubungan kita dengan Allah. 

Benda haram ni akan mempengaruhi jiwa kita, hati kita..Kita akan selalu merasa gelisah dan jiwa tidak tenang. Contohya, saya mengupas satu kisah yang saya lihat terjadi di hadapan mata saya.. seseorang yang membawa balik lebihan alat tulis yang diperuntukkan untuk kanak-kanak di kelasnya untuk di beri kepada anaknya dirumah.

 Sekali pandang perkara ini remeh, lebihan alat tulis je. Tapi selagi tidak mendapat kebenaran dari tuan punya yang memberi, itu di kira haram. itu adalah satu contoh, namun banyak lagi contoh-contoh lain yang dianggap remeh namun ia sangat memberi kesan kepada jiwa kita.

 Elakkan benda yang syubhat dan haram. Sentiasalah berfikir panjang sebelum melibatkan diri kita dalam satu-satu perkara. Fikirkan darimana sumbernya, bagaimana ia berfungsi dan adakah ia selari dengan kehendak syariah? Sentiasa sematkan dalam fikiran, “jika aku buat ini, adakah Allah redha dengan perbuatan aku ini?” InsyaaAllah jika kita sentiasa menjaga soal halal-haram ini, Allah akan menganugerahkan kenikmatan ketenangan hati yang tidak terhingga kepada kita. 

 Dengan itu, apa yang ingin saya tekankan disini, kunci utama ketenangan jiwa adalah menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T..

Tuesday 10 July 2018

Ayam Goreng Berempah Sedap



Ayam goreng berempah. Bukan ayam gorengnya sahaja yang sedap, keraknya pun super duper sedap..Tambah lagi kalau makan dengan nasi panas.  Tabur2 keraknya dalam nasi dan makan. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara memasak ayam goreng berempah sedap ni.  

Bahan-bahan diperlukan: 

1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)

 Bahan-bahan kisar:

  • 6 ulas bawang putih 
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia 3 batang serai. 
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa) 
  • 2 sb serbuk kari daging 
  • 1/2 sk serbuk jintan putih 
  • 1/2 sk serbuk jintan manis 
  • 1/2 sk serbuk ketumbar 
  • 1/2 sk rempah kari 
  •  garam dan aji secukupnye 
  • 3 tangkai daun kari 
  • Minyak untuk menggoreng 


 Cara menyediakan dan memasak: 

1. Potong ayam sesuai selera dan bersihkan.

2. Campurkan semua bahan diatas bersama dengan ayam 
    kecuali daun kari dan minyak. 

3.Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.

4. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan 
    supaya ayam tenggelam ketika digoreng. 

5. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. 
    Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak. Dah okey, angkat  
    dan toskan minyak berlebihan. 

Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi. 

Selamat mencuba! ;)  

Anda mungkin berminat untuk menjana pendapatan dengan involveasia ?? Klik Sini. involveasia.

Saturday 7 July 2018

Pencuci muka yang paling berkesan di Malaysia

Untuk memiliki kulit wajah yang lembut, cerah, sempurna tanpa sebarang cela dan mulus, memerlukan rutin penjagaan wajah yang terbaik untuk kulit wajah anda. Antaranya, melalui penggunaan pencuci muka harian anda. Menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai pada jenis kulit wajah anda akan mengakibatkan ketidakselesaan pada kulit wajah, jangkitan kuman dan lebih lagi.
Bagi mendapatkan pencuci muka harian yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda, beberapa produk pencuci muka yang sering digunakan dan menjadi pilihan ramai telah dipilih. Kebanyakan daripada produk tersebut mudah untuk didapati dan memberikan kesan yang terbaik pada jenis kulit wajah anda.

Thursday 5 July 2018

Resepi Ayam Masak Madu Sedap

       Korang selalu tak makan kat kedai mamak..kalau kedai mamak mesti ada ayam masak madu..Dulu Cik Fina suka juga makan kat kedai mamak masa tinggal di Gurun..Kedai Hussain kat Pasaraya Aneka Gurun..Sekarang dah jarang2 makan sebab kat Terengganu memang susah nak jumpa kedai mamak ni..Lagipun kalau nak makan memang kena survey dulu, takut tak kena dengan  selera tekak..
Okey, Cik Fina nak share resepi ayam madu..ermmm sedapnya..

Bahan-bahan diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam (potong ikut selera)
  • sedikit garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1 inci halia(tumbuk)

Wednesday 4 July 2018

Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap

Hari ni Cik Fina nak kongsi cara buat Ayam Masak Merah yang paling senang.. 



Bahan-bahan diperlukan: 

1/2 ekor ayam 
sedikit garam 
sedikit kunyit 

Bahan kisar:

4-5 biji cili kering 
1 cm halia 
2 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar 
1 biji tomato(potong dadu) 
1/2 cawan sos tomato 

 Bahan Hias :

1/2 biji bawang besar- potong bulat 
2 biji cili besar (belah 4) 

 Cara menyediakan dan memasak: 

"JEAN MINI HANDBAG

    Potong ayam kecil-kecil ikut selera masing-masing. Kemudian pastikan basuh ayam tu sampai bersih. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian panaskan kuali dan goreng ayam tu agak2 masak(jangan terlampau garing). 
   
    Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 
   
   Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

SELAMAT MENCUBA..


Tuesday 3 July 2018

Resepi Nasi Ayam


Sebut je nak masak nasi ayam, anak-anak semua suka..Biasa masak nasi putih 3 pot, tapi kalau nasi ayam mesti kena up lagi 2 pot..suka benar anak-anak..

Hari ni Cik Fina nak share resepi nasi ayam yang selalu Cik Fina buat kat rumah..Belajar dengan mak je..Tak tahulah apa yang mak Cik Fina letak dalam masakan dia..semua sedap..heheee

1) Langkah pertama. 

Rebus ayam dulu. Kalau tak rebus ayam macam mana nak masak nasi kan..
Masukkan air agak-agak cukup untuk masak nasi dan buat sup.
Bila ayam agak masak, angkat ayam dan toskan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk rebus ayam:-

  • Seekor ayam (belah 4) - bersihkan
  • Halia seketul
  • Bawang Putih 6-7 ulas (tumbuk kasar)
  • Bawang besar (potong besar)
2) Langkah Kedua

Okey, next step masak nasi, basuh beras dan masukkan air rebusan ayam tadi agak-agak cukup untuk nasi. Dalam kuali masukkan marjerin, masukkan rempah tumis (3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis), bawang merah, halia..tumis sehingga wangi..kemudian masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi tadi...jangan lupa masukkan daun pandan(simpul), garam dan gula.

Bahan bahan untuk masak nasi:-

  • marjerin 2 sudu
  • bawang merah 2 biji(mayang)
  • sedikit halia
  • Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit gula
Langkah ke 3

Perap ayam ayam dalam 30 minit. Kemudian goreng. Nak bakar pun boleh, ikut selera masing-masing.
Bahan- bahan yang diperlukan:-
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1-2 sudu besar madu
Langkah ke 4

Lebihan air rebusan ayam tadi, masukkan kiub ayam, sup bunjut, perasakan dengan garam. Sup pun dah siap. Bila nak hidang nanti, tabur daun sup dan bawang goreng dalam sup

Langkah ke 5

Untuk sambal cili, kisar 1 biji tomato, 2 biji cili merah besar, 3 biji cili api merah, bawang putih seulas...kisar dengan cuka, tapi jangan banyak sangat, agak-agak boleh kisar je dan Perasakan sambal ikut citarasa anda...nak manis ke,nak masin ke.

Langkah ke 6

Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.

Langkah ke 7

Jom makan...slurppppp......hahaaaaa....sekian resepi mudah nasi ayam Cik Fina.