Saturday, 7 July 2018

Pencuci muka yang paling berkesan di Malaysia

Untuk memiliki kulit wajah yang lembut, cerah, sempurna tanpa sebarang cela dan mulus, memerlukan rutin penjagaan wajah yang terbaik untuk kulit wajah anda. Antaranya, melalui penggunaan pencuci muka harian anda. Menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai pada jenis kulit wajah anda akan mengakibatkan ketidakselesaan pada kulit wajah, jangkitan kuman dan lebih lagi.
Bagi mendapatkan pencuci muka harian yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda, beberapa produk pencuci muka yang sering digunakan dan menjadi pilihan ramai telah dipilih. Kebanyakan daripada produk tersebut mudah untuk didapati dan memberikan kesan yang terbaik pada jenis kulit wajah anda.

                                Cetaphil Oily Skin Cleanser 225ml

RM 49.89    BELI DI SINI

Pencuci muka terbaik untuk kulit berminyak
Pencuci muka Cetaphil Oily Skin Cleanser ini memberikan kesan yang efektif kepada kulit wajah yang berminyak. Produk ini berfungsi dengan memberikan kesan berbuih yang lembuh pada kulit wajah anda untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan make-up tanpa meninggalkan kesan kekeringan pada kulit wajah.
Mereka yang mempunyai kulit berminyak sangat sesuai menggunakan produk tersebut kerana pencuci muka ini merupakan non-comedogenic dan boleh digunakan dengan ubat jerawat. Harga produk ini bergantung kepada kuantitinya.

Bio-essence Tanaka Bio-White Advanced Whitening Cleanser 100g



RM 22.41    BELI DI SINI

Terbaik untuk cerahkan kulit


Produk pencuci muka ini merupakan pencuci yang berbuih yang mampu untuk membersihkan dan menyingkirkan kekotoran secara mendalam. Bio-Essence Tanaka Bio-White Advance Whitening Cleanser ini mengandungi esktrak Tanaka, Tranexamic Acid dan herba-herba lain yang mampu untuk membersihkan serta mengembalikan keserian kulit wajah. Kulit anda akan terasa sangat segar dan semakin cerah selepas menggunakannya.


Eucerin White Therapy Cleansing Gel 150ml


RM40.50    BELI DI SINI

Pencuci muka terbaik untuk kulit sensitif


Produk Eucerin White Therapy Cleansing Gel ini mempunyai kandungan Licochalcone yang diekstrak dari tumbuhan semulajadi iaitu, dari akar Glycyrrhiza Inflata yang mempunyai sifat anti-radang, anti-bakteria, anti-kanser dan menenangkan kulit sensitif. Selain itu, gel pencuci muka ini juga mengandungi bahan-bahan yang dipilih dengan baik dan bebas daripada alkohol dan tidak berwarna.


Eversoft Ginkgo Cleanser Foam (195g)

RM 16.00    BELI DI SINI
Pencuci muka organik terbaik

Eversoft Ginkgo Cleanser Foam ini merupakan produk yang diformulasikan di Jepun, merupakan kandungan 100% tumbuh-tumbuhan organik. Pencuci muka ini merupakan produk yang menghasilkan buih yang lembut pada kulit wajah yang sesuai untuk semua generasi. Produk ini juga membantu untuk melembabkan kulit yang kering.


Garnier Men Turbolight Oil Control Charcoal Foam 50ml

RM9.00    BELI DI SINI
Terbaik untuk lelaki

Pencuci muka ini dikhaskan kepada para lelaki yang memiliki kulit yang berminyak. Garnier Men Turbolight Oil Control Foam ini kaya dengan arang semulajadi yang terkenal dengan fungsinya untuk menyerap kandungan minyak yang berlebihan dan kesan kekotoran pada wajah untuk menyucikan kulit wajah serta memberikan kesan pencerahan pada kulit.
Lelaki yang telah menggunakan produk ini selepas 4 minggu mendapati kulit wajah mereka kurang berminyak dan kelihatan lebih “cool”.
 Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash 100g


RM 32.90    BELI DI SINI
Terbaik untuk kulit kering
Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash mengandungi Hyaluronic Acid yang berfungsi memberikan kelembapan sebanyak 2 kali ganda. Hyaluronic Acid ini mampu mengandungi sebanyak 6 liter air. Pencuci muka ini mampu membersih dan menambah kelembapan penting untuk meningkatkan kembali tekstur kulit dan mencegah kekeringan supaya wajah kekal lembut dan hidrat.

Himalaya Purifying Neem Face Wash 150ml

RM 32.30    BELI DI SINI
Terbaik dari farmasi

Himalaya Purifyingg Neem Face Wash ini merupakan pencuci muka herba yang diformulasikan untuk menyingkirkan kekotoran pada wajah dengan lembut dan menghalang pertumbuhan jerawat. Produk pencuci muka ini kaya dengan daun Neem, Kunyit dan Vetiver yang bagus untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat pada muka dan membersihkan kekotoran pada kulit wajah.





Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser 100g


RM 15.90    BELI DI SINI

Pencuci muka terbaik untuk jerawat


Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser diformulasikan dengan menggunakan Microclear Technology yang mengandungi IPMP bahan-bahan anti-bakteria yang sangat berkesan untuk melawan penyebab acne dan menghalang daripada breakouts. Kandungan Botanical Complex yang semulajadi di dalam pencuci muka ini membantu untuk menenangkan dan melembabkan. Produk ini telah diuji Dermatologists dan alergi, non-comedogenic.



ebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin 150ml

RM 39.90    BELI DI SINI

Terbaik untuk kulit kombinasi


Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin ini merupakan produk yang sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan kombinasi. Pencuci muka ini bebas alkali, memberikan cucian yang sederhana kepada kulit wajah dan sangat berkesan, malah memberikan cucian yang mendalam secara lembut terhadap pori-pori.

Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera Foam Cleanser 150ml

RM 16.90    BELI DI SINI

Pencuci muka aloe vera terbaik


Nature Republic Soothing & Moisture Aloe Vera Foam Cleanser merupakan pencuci muka yang membersihkan muka secara mendalam dengan buih yang sangat berkesan membersihkan kulit wajah dari segala kekotoran yang berada pada liang-liang pori. Pencuci muka ini dihasilkan daripada esktrak Aloe Vera sebagai kunci yang mengandungi anti bakteria secara semulajadi dan bahan-bahan anti-radang yang mampu menenangkan kulit yang sensitif.
Malah, ia juga mampu melembabkan kulit dengan memberi perlindungan dan kelembapan pada kulit wajah.


Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam 150ml


RM29.44    BELI DI SINI

Pencuci muka Korea terbaik


Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam adalah pencuci muka yang berbuih untuk membersihkan pori-pori di wajah. Diformulasikan dengan Jeju Volcanic Scoria untuk menyerap sebum berlebihan pada kulit dan membersihkan pori-pori yang tersumbat. Pencuci Muka ini kaya dengan mineral untuk membersihkan pori-pori dan menyingkirkan kulit-kulit mati untuk meninggalkan kulit yang licin dan segar serta berseri-seri.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce.Terima kasih!









No comments:

Post a Comment