Sunday, 15 July 2018

Tempat Menarik di Terengganu

1) Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu




 





Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu ini adalah taman tema bercirikan Islam yang pertama di dunia. Tempat ini lebih terkenal dengan Masjid Kristal dengan mempamerkan seni rekabentuk serta kebudayaan Islam.  Tempat ini sebenarnya merangkumi 2 Zon iaitu Zon A Monumen Park (berbayar) Zon B Masjid Kristal (percuma).

 Tempah Hotel murah Di Terengganu

Di kawasan ini terdapat 21 buah monumen yang dibina mengikut skala dari 1:1.7 hingga 1:22 berbanding dengan saiz bangunan asal. Hampir 70% proses pembinaan adalah hasil air tangan anak tempatan, dan hanya sedikit sahaja yanga menggunakan kepakaran luar negara.

Berikut adalah monumen-monumen yang boleh anda temui di sini:-
1. Masjid Abu Nasr Pasra dari Afghanistan
2. Masjid an-Nabawi dari Arab Saudi
3. Masjidil Haram dari Arab Saudi
4. Masjid Sultan Omar Syarif dari Brunie
5. Masjid Xian dari China
6. Taj Mahal dari India
7. Masjid Kuddus Mina dari Indonesia
8. Masjid Sheikh Lutfalla dari Iran
9. Masjid Besar Samara dari Iraq
10. Masjid Negara dari Malaysia
11. Masjid Mohamed Ali dari Mesir
12. Masjid Besar Agadez dari Nigeria
13. Masjid Badashi dari Pakistan
14. Kusah As Sakhra dari Palestine
15. Masjid Kul Sharif Tatarstan dari Russia
16. Masjid Al Hambra dari Sepanyol
17. Masjid Alepo Citadel dari Syria
18. Masjid Pusat Petani dari Thailand
19. Masjid Qairawan dari Tunisia
20. Tugu Kompleks Suleyman dari Turki
21. Menara Kalyan dai Uzbekistan




Harga Tiket

                         Dewasa                 Kanak- kanak

Tiket Masuk     RM 22.90              RM 16.90

River Cruise    RM 22.90               RM 16.90








Waktu Operasi

Isnin – Khamis : 10pg – 7mlm
Jumaat, Hujung Minggu & Cuti : 9pg – 7mlm


Alamat :

TTI Management Sdn. Bhd.
Pulau Wan Man,
Losong Panglima Perang,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia.
Telefon : 609- 627 8888
Fax : 609- 630 9020 



2) Pasar Besar Kedai Payang







Pasar Pusat yang dikenali sebagai Pasar Besar Kedai Payang terletak di tepi Sungai Terengganu dan merupakan salah sebuah destinasi pelancong yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Pasar yang terletak di dalam sebuah bangunan moden ini menawarkan pelbagai jenis hasil kraftangan tradisional seperti batik, kain sutera, songket, kain brocade and barangan logam serta sayur-sayuran yang segar.

 


Pelawat yang berkunjung ke pasar ini tentu seronok membeli barangan tempatan di sini pada harga yang murah. Pasar ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk memerhati dan memahami budaya di sini sambil memerhati penduduk tempatan sibuk membeli-belah di sini.

Amaran!!!
Sewaktu di sini, cubalah menjamu selera dengan hidangan tempatan istimewa - Keropok Lekor - keropok rangup yang dibuat dari campuran ikan dan tepung sagu. Keropok ini lazimnya dimakan bersama sos cili. Sungguh enak!



 Tempah Hotel murah Di Terengganu 

Pasar Kedai Payang terletak berhampiran Bazar Warisan, Istana Maziah, Bukit Puteri dan Taman Shahbandar. Di Bahagian bawah Bawah tedapat pelbagai produk jualan basah, buah buahan dan makanan tradisi Terengganu, manakal dibahgian atas pula terdapat restoran, Kedai- kedai yang menjual produk kraftangan , songket dan batik..




3. Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.




Bagaimana rasanya jika dikerumuni ribuan ikan? Panik? Teruja? Alaminya sendiri di Sungai Petang yang terletak dalam kawasan Tasik Kenyir. Sebaik sahaja berada dalam sungai, ribuan ikan kelah bagaikan menanti kedatangan anda dan terus mengerumuni anda.





Memang gerun awalnya melihat sekumpulan ikan yang banyak datang menyerbu namun perasaan itu akan bertukar menjadi seronok apabila anda boleh memegang ikan-ikan yang jinak ini sambil memberi makan. Malah dek keterujaan ada yang sanggup mencium ikan-ikan ini!




4. Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT)


Pembelajaran Informal Berasaskan Sains & Teknologi



Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2005 oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu dan merupakan salah sebuah agensi kerajaan Negeri Terengganu yang dulunya beroperasi di bangunan Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Pada 2 April 2016, PSKT telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Kampung Laut, Chendering, Kuala Terengganu. Secara asasnya, PSKT berfungsi untuk mengendalikan galeri sains, mengadakan aktiviti bagi mempromosikan bidang Sains dan Teknologi dan melaksanakan Program Penggalakan Sains dan Inovasi (PPSI).

Tempah Hotel murah Di Terengganu 

PSKT telah memperkenalkan pengisian fasa pertama iaitu Galeri Spark Your Creativity, Galeri Nature Disaster, Galeri STEMEC dan Science Stage. Portable Dome juga satu tarikan utama kami yang memperlihatkan tayangan 3D tentang alam semesta.

WAKTU OPERASI
Sabtu – Rabu: 9.00 a.m. ~ 5.00 p.m.
Khamis: 9.00 a.m. ~ 4.00 p.m.
Jumaat TUTUP

KEMASUKAN TERAKHIR
Sabtu – Rabu: 3.30 p.m.
Khamis: 2.30 p.m.
Harga Tiket Kemasukan :
WALK-IN
Dewasa – RM 10.00
Kanak-Kanak – RM 6.00
Portable Dome – RM 2.00
Pakej Keluarga (2 Dewasa & 3 Kanak-kanak) – RM 40.00
*Harga termasuk tayangan Portable Dome
*Warganegara Malaysia diberikan diskaun sebanyak 50%
*Bagi pemegang kad ‘orang kurang upaya’(OKU) diberikan diskaun sebanyak 40%

PAKEJ SCIENTIST JUNIOR :-
Pra Sekolah / Sekolah Rendah – RM 16.00
Sekolah Menengah – RM 20.00
*Harga termasuk Galeri Sains, Pameran Bertema & Portable Dome* Warganegara Malaysia diberikan diskaun sebanyak 50%
* Bagi pemegang kad ‘orang kurang upaya’(OKU) diberikan diskaun 60%

PROGRAM CUTI SEKOLAH
– Spark your creativity program
– STEMEC program
– Science in English

FASILITI PSKT
PSKT menyediakan pakej sewaan kepada organisasi / individu yang berminat bagi mengadakan sebrang aktiviti / program di sini.
Pakej Sewaan
Pakej Seminar / Mesyuarat
RM 55.00/orang
Tempahan minima 25 orang
Termasuk minun pagi, makan tengahari, minum petang, air mineral, alat tulis(Asas), Gula-gula, System PA, LCD projector, 1x cordless mic,skrin putih
Dewan Auditorium
RM 1,450.00/hari
Kapasiti 280 orang
Ruang Serbaguna
RM 1,500.00/hari
Keluasan 654.29m2
*Kemudahan tambahan: Parking Lot 200++, Café, Bilik VVIP, surau.

Tempah Hotel murah Di Terengganu 
5) Kenyir Elephant Village

Kepada peminat zoo diluar sana, aku ada berita baik dimana korang boleh melihat persembahan gajah dengan jarak lebih dekat. Lagi best kerana anda juga akan berpeluang untuk bergambar dan bermanja dengan gajah-gajah di Kenyir Elephant Village (KEV).

Selain daripada melihat persembahan gajah, anda juga boleh melihat habitat mereka dari menara tinjau dan jambatan gantung, menunggang gajah serta memberi makan kepada mereka di Kenyir Elephant Village yang juga terletak di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
  
BAYARAN MASUK KENYIR ELEPHANT VILLAGE
Dewasa: RM30
Kanak-kanak: RM15

Menurut staff KEV, gajah-gajah disini akan dilatih sepenuhnya untuk mengadakan pelbagai aksi dan pertunjukan seperi melukis, menari, bermain bola, harmonika. Keluasan tempat ini juga sekitar 256 hektar dan telah menjadi sebahagian besar hutan dikekalkan untuk mendapatkan suasana habitat asal mereka. 

Apa yang anda boleh buat di Kenyir Elephant Village? Jom tengok!



OPERATION HOURS
9AM - 5.30PM (Open Daily)
Closed during Friday prayer (12.30 pm - 2.30 pm)

ADDRESS
Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir, 
Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.

OTHER FACILITIES
Surau, Cafe dan tandas disediakan


Note : KECV will be closed on 12:30 - 14:30 (Friday Only) due to prayer time for muslim staff. 

6) Muzium Negeri Terengganu

Melihat seni binaannya dari jauh, pasti ramai menyangka bangunan yang tersergam indah ini adalah Istana Terengganu. Namun, bangunan besar yang terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong adalah kompleks menyimpan artifak dan hasil seni warisan negeri sejak berkurun lamanya.

Di sini jugalah tersimpannya batu bersurat yang pertama dijumpai di Terengganu. Muzium ini terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 rumah tradisional, taman botani dan herba. Di sini juga terdapat 9 galeri yang mempamerkan sejarah, alat kebesaran diraja, seni Islam, senjata lama dan tekstil.
Waktu Operasi Galeri Muzium Negeri Terengganu

Hari Sabtu hingga Khamis
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Jumaat
GALERI TUTUP

Hari Kelepasan Am
- bermula jam 9.00 pagi - 5.00 petang

Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha
- ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja

Perkhidmatan Tiket Masuk Ke Galeri Muzium Negeri Terengganu

Warganegara Malaysia
Dewasa
RM 5.00
Kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun 
RM 2.00
Kanak-kanak sekolah berpakaian seragam 
RM 1.00
Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun
  PERCUMA
                        
Bukan warganegara
Dewasa
RM 15.00
Kanak - kanak
RM 10.00


7) Masjid Tengku Tengah Zaharah( Masjid Terapung)

Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) dibina di atas pelantar terapung, memberikannya sebuah pemandangan unik dari semua aspek.

Ia terletak di atas muara Sungai Terengganu dan seni bina modennya merupakan idea seorang putera Terengganu.

Masjid putih berkilau ini menggabungkan seni bina moden dan Moorish, simbolik kepada modenisasi baru di negeri ini, menjadikannya ikon Islam di negara ini.

Reka bentuk masjid mempamerkan pengaruh Islam digabungkan dengan ciri-ciri tempatan, menggunakan marmar, seramik, mozek dan batu turap bomanit.

Masjid ini, telah dibina dengan idea dari inspirasi mantan Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. 

Masjid yang indah ini telah dinamakan sempena bondanya, Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.

Keindahan seni bina masjid ini dikelilingi oleh tasik, kelihatan sungguh menawan seperti istana dalam kisah 1,001 Malam.

Ketenangan masjid ini diserlahkan lagi dengan adanya Laut Cina Selatan, menjadikannya tarikan pelancong yang menarik dan unik di Terengganu.

8) Pantai Batu Buruk
Pantai Batu Buruk merupakan pantai peranginan yang paling terkenal di daerah Kuala Terengganu kerana ia terletak di kawasan yang strategik, berhampiran pusat bandar kuala Terengganu yang mempunyai pelbagai kemudahan awam yang lain termasuklah hotel-hotel berdekatan menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong.
Aktiviti santai bersama keluarga sangat sesuai dilakukan di pantai ini. Anda dapat merehatkan minda dan fizikal dengan menikmati keindahan pantai dan udara yang sangat segar. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan di pantai ini yang akan admin kupaskan nanti. Anda pasti akan berpuas hati dan berasa seronok menjalankan aktiviti-aktiviti di pantai ini selain daripada dapat bersantai.

Aktiviti Menarik

  1. Menaiki kereta kuda yang dihiasi. Anda akan dibawa berjalan menaiki kereta kuda di sekitar pantai ini. Bayaran RM 5.00 untuk satu kepala.
  2. Anda juga boleh bermain permainan bermotor iaitu ATV.
  3. Bermain layang-layang. Jika tiada layang-layang, disekitar pantai ini ada jual pelbagai jenis layang-layang.
  4. Terdapat taman permainan yang disediakan untuk kanak-kanak di pantai ini.

Kemudahan Yang Ada

  1. Disini terdapat gerai-gerai kecil yang menjual makanan ringan seperti keropok lekor, goreng pisang dan air.
  2. Terdapat juga deretan kedai yang menjual masakan panas dan ikan celup tepung.


Pasar Besar Kedai Payang terletak berhampiran Bazar Warisan, Bukit Puteri, Istana Maziah dan Taman Shahbandar. Pasar Besar Kedai Payang merupakan bangunan dua tingkat yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih tradisional negeri Terengganu. Di bahagian atas pula terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan terutama batik, songket, kain sutera dan pakaian. Pengunjung yang berkunjung ke Pasar Besar Kedai Payang ini juga boleh membeli pelbagai barangan hiasan, cenderamata, barangan logam dan peralatan dapur. Terdapat juga kedai makan dan deretan kedai emas di sini. Nama Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang berkemungkinan berasal dari nama ‘Perahu Payang’ ataupun ‘Kedai Tempayan’. Di samping membeli belah, pengunjung yang berkunjung ke sini juga boleh menyewa perkhidmatan beca untuk ke destinasi berhampiran.

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
Pasar Besar Kedai Payang terletak berhampiran Bazar Warisan, Bukit Puteri, Istana Maziah dan Taman Shahbandar. Pasar Besar Kedai Payang merupakan bangunan dua tingkat yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih tradisional negeri Terengganu. Di bahagian atas pula terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan terutama batik, songket, kain sutera dan pakaian. Pengunjung yang berkunjung ke Pasar Besar Kedai Payang ini juga boleh membeli pelbagai barangan hiasan, cenderamata, barangan logam dan peralatan dapur. Terdapat juga kedai makan dan deretan kedai emas di sini. Nama Pasar Payang atau Pasar Kedai Payang berkemungkinan berasal dari nama ‘Perahu Payang’ ataupun ‘Kedai Tempayan’. Di samping membeli belah, pengunjung yang berkunjung ke sini juga boleh menyewa perkhidmatan beca untuk ke destinasi berhampiran.

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

No comments:

Post a Comment