Sunday, 19 August 2018

Kenapa Hati Tidak Tenang Dan Gelisah

Serabutnya...

banyak masalah, masalah duit, masalah anak-anak masalah keluarga dan orang sekililing...
Pernah tak anda rasa begini..rasa serba tidak kena, seolah olah ada sesuatu di dalam dada yang tidak boleh dilepaskan..terasa seperti sesuatu bersarang di dalam dada dan menunggu masa untuk meletop.

Terasa hidup begitu susah kerana di himpit pelbagai masalah di dunia.. Ya Allah hanya kepadamu tempat aku mengadu, permudahkan lah segala urusanku Ya Allah............ Itulah silapnya kita sebagai hamba Allah, bila kita senang kita lupakan dia, bila kita susah kita mengeluh resah.

 Realiti dalam hidup, di waktu kita susah dan hati tidak tenang, amat susah untuk mendapatkan orang yang boleh menolong kita..Kadang-kadang ada yang ikhlas nak membantu tetapi tidak berdaya kerana mereka sendiri pun mempunyai masalah sendiri... 

 Pertamanya marilah kita muhasabah diri kita kenapa hidup kita tidak tenang, masalah bertimpa-timpa...cuba kita gali sedalam dalamnya hubungan kita dengan Pencipta Yang Maha Kuasa... 

 1) HATI TIDAK TENANG KERANA SELALU MELAMBATKAN-LAMBATKAN SOLAT 

 "Azan subuh tergiang-ngiang di telinga, tetapi di manakah kita waktu itu? semakin sedap menarik kain selimut. Maklumlah waktu subuh kan sejuk, selesanya sambung tidur ni..Itulah yang terdetik di hati kita kan." 

 Pukul berapa kita bangun tidur? Solat Subuh kah kita pada hari ini? Inilah punca utama kenapa kita tidak tenang. 

Kita tidak mendahulukan apa yang penting dalam hidup kita.kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa. 

Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai amalan buruk yang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t. Itulah hukuman kepada kita kerana memandang remeh kepada dosa yang kita lakukan, maka hati kita menjadi gelisah, tidak tenang,segala yang kita buat tidak menjadi. 

Mulai sekarang, marilah kita solat diawal waktu, bukan hanya solat subuh, teatapi soalt 5 waktu yang lain. Jangan solat terburu-buru, solat dengan kyusuk dan sempurna. Dan yang penting DOA. 

 2) Bila kali terakhir buka Quran? 

 Kita ingat balik, bila kali terakhir kita buka Quran? bila kali terakhir kita baca Quran? Tahun lepas ke, minggu lepas ke atau 3 hari lepas? 

Kalau 3 hari lepas Alhamdullilah, tetapi Murabbi Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan supaya jangan tinggalkan membaca Al-Quran melebihi 3 hari walaupun kita sangat sibuk. 
Orang yang selalu mengingati Allah biasanya tidak pernah terlepas masa untuk membaca Al-Quran. Walau sesibuk mana pun dia, dia tetap mengambil masa untuk membaca Kalam Allah ini. 
Dengan membaca Al Quran hati yang gundah akan menjadi tenang..InshaAllah. Al-Quran bukan untuk sekadar dibaca dan didengarkan. Tapi juga untuk diamalkan. Kebanyakan dari kita, Al-Quran hanya sekadar didengar oleh telinga, padahal yang sebenarnya harus dihayati maknanya sehingga sampai ke hati. Kerana antara manfaat yamg besar dari membaca Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia akan menjadi penawar untuk mengubati. 
 Insyallah sama-sama kita tanamkan niat untuk minat membaca Al-Quran hari-hari..semuka sehari pun jadi lah..yang penting Istiqomah berterusan “Biar sedikit tapi berterusan dan jangan banyak hanya separuh jalan” 

 Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka).

 Lalu lelaki itu berkata: “Wahai Ibnu Mas’ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena.”

 Mendengar itu Ibnu Mas’ud terus berkata:

 “Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas.” 

 Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. 

Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: “Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu.”

 3) Tidak mengambil berat halal dan haram.  

Jauhi perkara-perkara yang haram..Walau sedikitpun benda yang haram mendampingi kita, tidak kiralah makanan, minuman atau perbuatan sekali pun, ini akan menjejaskan hubungan kita dengan Allah. 

Benda haram ni akan mempengaruhi jiwa kita, hati kita..Kita akan selalu merasa gelisah dan jiwa tidak tenang. Contohya, saya mengupas satu kisah yang saya lihat terjadi di hadapan mata saya.. seseorang yang membawa balik lebihan alat tulis yang diperuntukkan untuk kanak-kanak di kelasnya untuk di beri kepada anaknya dirumah.

 Sekali pandang perkara ini remeh, lebihan alat tulis je. Tapi selagi tidak mendapat kebenaran dari tuan punya yang memberi, itu di kira haram. itu adalah satu contoh, namun banyak lagi contoh-contoh lain yang dianggap remeh namun ia sangat memberi kesan kepada jiwa kita.

 Elakkan benda yang syubhat dan haram. Sentiasalah berfikir panjang sebelum melibatkan diri kita dalam satu-satu perkara. Fikirkan darimana sumbernya, bagaimana ia berfungsi dan adakah ia selari dengan kehendak syariah? Sentiasa sematkan dalam fikiran, “jika aku buat ini, adakah Allah redha dengan perbuatan aku ini?” InsyaaAllah jika kita sentiasa menjaga soal halal-haram ini, Allah akan menganugerahkan kenikmatan ketenangan hati yang tidak terhingga kepada kita. 

 Dengan itu, apa yang ingin saya tekankan disini, kunci utama ketenangan jiwa adalah menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T..

No comments:

Post a Comment