Thursday 5 July 2018

Resepi Ayam Masak Madu Sedap

       Korang selalu tak makan kat kedai mamak..kalau kedai mamak mesti ada ayam masak madu..Dulu Cik Fina suka juga makan kat kedai mamak masa tinggal di Gurun..Kedai Hussain kat Pasaraya Aneka Gurun..Sekarang dah jarang2 makan sebab kat Terengganu memang susah nak jumpa kedai mamak ni..Lagipun kalau nak makan memang kena survey dulu, takut tak kena dengan  selera tekak..
Okey, Cik Fina nak share resepi ayam madu..ermmm sedapnya..

Bahan-bahan diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam (potong ikut selera)
  • sedikit garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1 inci halia(tumbuk)


  • Bawang besar
  • Cili kering
  • Madu
  • Gula merah
  • Sos tiram/tomato puree
  • Air
  • Sedikit Bijan 

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Potong ayam mengikut selera masing2 kemudian bersihkan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Ketuk-ketuk ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bahan perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bijan, bawang goreng atau daun sup.

No comments:

Post a Comment