Sebut je nak masak nasi ayam, anak-anak semua suka..Biasa masak nasi putih 3 pot, tapi kalau nasi ayam mesti kena up lagi 2 pot..suka benar anak-anak..
Hari ni Cik Fina nak share resepi nasi ayam yang selalu Cik Fina buat kat rumah..Belajar dengan mak je..Tak tahulah apa yang mak Cik Fina letak dalam masakan dia..semua sedap..heheee
1) Langkah pertama.
Rebus ayam dulu. Kalau tak rebus ayam macam mana nak masak nasi kan..
Masukkan air agak-agak cukup untuk masak nasi dan buat sup.
Bila ayam agak masak, angkat ayam dan toskan.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk rebus ayam:-
- Seekor ayam (belah 4) - bersihkan
- Halia seketul
- Bawang Putih 6-7 ulas (tumbuk kasar)
- Bawang besar (potong besar)
2) Langkah Kedua
Okey, next step masak nasi, basuh beras dan masukkan air rebusan ayam tadi agak-agak cukup untuk nasi. Dalam kuali masukkan marjerin, masukkan rempah tumis (3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis), bawang merah, halia..tumis sehingga wangi..kemudian masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi tadi...jangan lupa masukkan daun pandan(simpul), garam dan gula.
Bahan bahan untuk masak nasi:-
- marjerin 2 sudu
- bawang merah 2 biji(mayang)
- sedikit halia
- Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
- 2 helai daun pandan
- 1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
- 1 sudu kecil garam
- Secubit gula
Langkah ke 3
Perap ayam ayam dalam 30 minit. Kemudian goreng. Nak bakar pun boleh, ikut selera masing-masing.
Bahan- bahan yang diperlukan:-
- 1 sudu besar sos tiram
- 1-2 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar kicap manis
- 1-2 sudu besar madu
Langkah ke 4
Lebihan air rebusan ayam tadi, masukkan kiub ayam, sup bunjut, perasakan dengan garam. Sup pun dah siap. Bila nak hidang nanti, tabur daun sup dan bawang goreng dalam sup
Langkah ke 5
Untuk sambal cili, kisar 1 biji tomato, 2 biji cili merah besar, 3 biji cili api merah, bawang putih seulas...kisar dengan cuka, tapi jangan banyak sangat, agak-agak boleh kisar je dan Perasakan sambal ikut citarasa anda...nak manis ke,nak masin ke.
Langkah ke 6
Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.
Langkah ke 7
Jom makan...slurppppp......hahaaaaa....sekian resepi mudah nasi ayam Cik Fina.
No comments:
Post a Comment