Ayam goreng berempah. Bukan ayam gorengnya sahaja yang sedap, keraknya pun super duper sedap..Tambah lagi kalau makan dengan nasi panas. Tabur2 keraknya dalam nasi dan makan. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan dan cara memasak ayam goreng berempah sedap ni.
Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan-bahan kisar:
- 6 ulas bawang putih
- 7 ulas bawang merah
- 2 inci halia 3 batang serai.
- 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
- 2 sb serbuk kari daging
- 1/2 sk serbuk jintan putih
- 1/2 sk serbuk jintan manis
- 1/2 sk serbuk ketumbar
- 1/2 sk rempah kari
- garam dan aji secukupnye
- 3 tangkai daun kari
- Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan dan memasak:
1. Potong ayam sesuai selera dan bersihkan.
2. Campurkan semua bahan diatas bersama dengan ayam
kecuali daun kari dan minyak.
3.Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
4. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan
supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
5. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak.
Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak. Dah okey, angkat
dan toskan minyak berlebihan.
Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi.
Selamat mencuba! ;)
Anda mungkin berminat untuk menjana pendapatan dengan involveasia ?? Klik Sini. involveasia.
No comments:
Post a Comment