Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan. Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan berlaku dalam tempoh yang berbeza-beza (minggu, bulan dan tahun) turut diistilah sebagai Cumulative Trauma Disorders.
Gambar 1: Himpitan saraf Median di pergelangan tangan yang menyebabkan sakit dan kebas
Rujukan: www.adamimages.com/
|
Majoritinya disebabkan oleh pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur tidak sihat, tekanan berlebihan (menekan pada permukaan keras) dan gegaran Tendon pada kawasan terlibat akan menjadi bengkak dan menekan pada saraf Median. Akibatnya, kesakitan dan kekebasan akan berlaku pada pergelangan yang terlibat.
-->Apakah gejala Carpal Tunnel Syndrome?
Sakit di pergelangan tangan, meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Kadang kala sakit dirasai pada waktu pagi. Sakit semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah. Kebas di kawasan yang dihitamkan seperti di Gambar 1 dan Implikasi pergerakan tangan
--> Faktor risiko
Faktor terbahagi kepada:
1. Faktor individu
Senaman yang dilakukan berterusan (Carter J, Banister E., 1994) dan regangan yang berkala dapat mengelak Carpal Tunnel Syndrome (The Official Guidelines, 2005).
2.Merokok.
Tidak merokok dapat mengurangkan risiko penyakit Muskuloskeletal (Korhonen T.,et. al.,2003)
3. Faktor organisasi Tugasan harian.
Kepelbagaian tugasan (Bergqvist U., 1995) dan kekerapan menukar tugasan komputer dengan bukan komputer amat digalakkan (Occupational Safety and Health Administration).
4. Rehat berkala.
Rehat secara berkala dapat mengurangkan risiko Carpal Tunnel Syndrome (Ortiz-Hernandez L, 2003). Tidak berehat akan mengakibatkan pelbagai penyakit Muskuloskeletal (Galinsky TL. et. al., 2000).
5.Peluang untuk besenam.
Lebih banyak masa diperuntukkan untuk bersenam (Ortiz-Hernandez L, 2003) dan melakukan regangan yang kerap sangat efektif untuk mengurangkan ketegangan dan kesakitan otot (Saltzman, 1998).
6. Faktor ergonomik Tempat kerja.
Tempat bertugas yang ergonomik amat digalakkan (Sauter SL, Schleifer LM, Knutson SJ., 1991) dan Program Regangan Ringan di tempat kerja yang ergonomic akan dapat meningkatkan produktiviti (Saltzman, 1998).
Bagaimana Carpal Tunnel Syndrome dapat dikurangkan?
Risiko Carpal Tunnel Syndrome dapat dielak dan implikasinya dapat dikurangkan dengan rawatan Fisioterapi seperti berikut:
- Rawatan secara pasif
- Pain relief
- Modaliti haba, sejuk dan pulsed ultrasound terbukti berkesan bagi mengurangkan kesakitan
- Splin
- Pemakaian night splint akan dapat mengurangkan simptom semasa tidur
- Pemakaian working splint membantu untuk mengurang simptom semasa melakukan kerja-kerja seharian
- Teknik Terapi Manual (Urutan dan Taping)
- Urutan Transverse friction terbukti berkesan secara cepat dan berkala (Stasinopoulos D. et. al., 2004)
- Taping turut membantu di dalam pengurangan sakit Carpal Tunnel Syndrome.
- Rawatan secara aktif Senaman regangan
Regangan pergelangan tangan ke atas
Posisi : Luruskan siku & tapak tangan
Arahan : Bengkok pergelangan tangan ke atas – Tarik ke arah badan menggunakan tangan sebelah. Lakukan perlahan-lahan (Tahan 15-30 saat) (Ulang 10 kali)
|
Regangan pergelangan tangan ke bawah
Posisi : Luruskan siku & tapak tangan
Arahan : Bengkok pergelangan tangan ke bawah – Tarik ke arah badan menggunakan tangan sebelah. Lakukan perlahan-lahan (Tahan 15-30 saat) (Ulang 10 kali)
|
3. Nasihat
- Carpal Tunnel Syndrome selalunya boleh dirawat
- Letakkan tangan anda di luar katil dan lakukan beberapa goyangan apabila merasai simptom pada waktu tidur
- Pemakaian splint semasa bekerja akan dapat mengurangkan simptom pada gerakan tertentu
- Anda dinasihatkan berehat seketika semasa bekerja bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal
- Occupational Safety and Health Administration (OSHA) menasihatkan tip berikut bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal:
- a) Lakukan regangan jari, tangan dan lengan dengan kerap dan berkala
- b) Rehat seketika dan berkala
- c) Berehat, berdiri dan berjalan setempat secara berkala
- d) Kerap menukar kerja berkomputer dengan bukan berkomputer apabila berkesempatan
- e) Lakukan perubahan pada susun atur tempat kerja
- Kesakitan akan berkurang dalam tempoh 2 minggu dan pulih dalam tempoh antara 4 hingga 6 minggu
- Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman seperti di atas secara berterusan sehingga 6 hingga 8 minggu bagi mengelak simptom yang berulangan
No comments:
Post a Comment